Recent Posts

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, February 19, 2012

Nebula Rosette: Sekuntum Mawar Merah di Langit

Maka tatkala langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (Surah Ar-Rahman, ayat 37)

Ungkapan bahasa Arab bagi kenyataan "menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak" di atas ialah "wardatan kalddihani". Istilah ini membandingkan satu imej yang muncul di langit dengan sekuntum mawar merah. Gambaran ini berkait rapat dengan jisim indah berwarna merah dan berkedut, terutamanya "Nebula Rosette."

Nebula ialah nama yang diberi kepada gumpalan gas seakan awan di angkasa. Sebelum menjadi nebula, ianya berupa bintang-bintang – disebabkan saiznya yang besar, mereka melepaskan banyak gas ke angkasa lantaran tekanan dan suhu dalaman yang tinggi. Letusan gas ini amat besar dan pantas. Gas-gas ini kemudian bergabung menjadi awanan gas, dengan suhu lebih daripada 15,000°C.32

Terdapat sejenis nebula yang dikenali sebagai "Nebula Rosette" lantaran keserupaannya dengan sekuntum mawar. Nebula Rosette juga merupakan sekumpulan besar gas dan nampaknya berkeluasan lima kali ganda berbanding keluasan bulan penuh.33 Diameter sebenarnya dianggarkan sepanjang 130 tahun cahaya.34

Satu kumpulan yang diketuai oleh Leisa Townsley, seorang pengkaji kanan dari Universiti Negeri Penn dalam bidang astronomi dan astrofizik, mengkaji Nebula Rosette dengan menggunakan teleskop terkenal iaitu Chandra X-ray. Mereka merakam ratusan gambar bintang dalam Nebula Rosette dan mendapati bahawa dengan berlaga sesama sendiri, bintang-bintang tersebut menghasilkan gas pada suhu enam juta darjah. Townsley menerangkan peristiwa yang dilihatnya sebagai berikut:

Nyalaan sinaran X-ray yang bertaburan menyelimuti Nebula Rosette dan mungkin banyak lagi kawasan pembentukan bintang di seluruh galaksi. Kini kita mempunyai satu pandangan baru mengenai jentera yang menerangi Nebula Rosette yang indah dan bukti baharu tentang cara ruang antara bintang mendapat tenaga.35


Kewujudan jisim ini sebagaimana yang terdapat pada ilustrasi hanya dapat dipastikan dengan alat pemerhatian berteknologi tinggi. Kejadian di langit yang termaktub di dalam Al-Quran amat selari dengan penemuan astronomi moden. Dalam satu ayat di dalam Al-Quran, kita diberitahu:

Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca suatu ayat dari Al-Qur'an, dan tidaklah kamu mengerjakan suatu amal, melainkan Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang dari pengetahuan Tuhanmu biarpun seberat zarah yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Surah Yunus, ayat 61)


32 http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap950711.html
33 Timothy Ferris, The Who le She bang, 1997, s. 61.
34 http://www.tiscali.co.uk/reference/encyclopaedia/hutchinson/m0028790.html; http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/quasars.html
35 http://en.wikipedia.org/wiki/Gravitational_lensing

* Dirujuk dan diterjemahkan daripada SUMBER.